Sunday, February 22, 2015

Life Update

Hi 2015 (dah nak masuk march woi..hahahaha)

life update.

1. ummi to khayla medina (born 25 Jan 2014 - dah masuk setahun)
2. dah grad Msc water resources (dah konvo last year- bulan 3 kot.hahaha)
3. dah tukar keje now as Pegawai Penyelidik. (masuk 15 April 2014)


life is great-ada turun naik-Alhamdulillah.

Thanks Allah.



Monday, September 10, 2012

Lagu Hidup


 

Uols ada lagu hidup? Iaitu lagu yg mengiringi perjalan hidup uols. Each time dengar uols akan mengimbau kenanangan masa lalu?

 

Iols ada….

 

Contoh.

 

  1. Tiap-tiap kali dengar lagu Mungkinkah terjadi by Spider Iols akan kembali pada zaman form 3 (1999). Lagu tu memang ngetop time tu n ada kisah di sebalik lagu tu…cewahhhh…..
  2. kalo dengar lagu Ku Bahagia by Melly Goeslow pulak Iols akan teringat menari2 sambil melompat2 atas bukit depan Asrama Tun Teja dengan click Iols  masa kt Kolej Mara Kulim. Siti Mahfuzah, Nur Zinnirah, Rafidah Shahperi, Nurul Himmah.. ohh…rindunya….
  3. lagu Dekat Padamu – Yusry KRU pulak mengimbau kenangan kelakar masa dip kat UTMKL. Kalo dengar lagu tu, sekali dengan gerak tari yg kitorang cipta ter recall..hahaha...Dila Farhana, Nor Afiza Muradee, Juliana Liza, Siti Aisyah, Maizatul Asnie pasti akan dikenang sekali dengan kes felo asrama..hahaha…
  4. kalo lagu Where is the Love pulak iols igt kt Siti Rohayu n Siti Aisyah n aktiviti nakal kami masa tu.
  5. Masa degree pulak banyak sangat lagu(maklumla time tu berjinak2 dengan dunia karaoke) tapi each time lagu Mengapa by Nicky Astria mesti ingat Siti Rohayu n Siti Sumaiyah..:)
  6. Lagu pertemuan Iols dengan suami (oh!malunya..) is lagu What U Waiting For by Mizz Nina n Colby O’Donis. Each time dengar lagu ni mst rasa malu2…boleh?
  7. terkini, lagu Harapan by Hyper Act. Lagu ni kenangan bersama anak sulung kesayangan semasa dia dlm kandungan. Balik rumah lepas kerja layan Seindah Sakura OST dia lagu ni… Each time dengar mesti mengalir air mata. Ummi rindu Muhammad Izzul Haq. Al-Fatihah.

Monday, November 21, 2011

Time is Masa

Sebenarnya i got a lot to say.
About my review on Badai Semalam.
About some movies I ve watch - Immortal,Tintin etc.
dan lain2 i've thougt on having them in writing - cant recall..

24 hours per day is just not enough for me.

Got maximum of assg in minimum time frame

Till then.

Wednesday, November 16, 2011

(=Happy Birthday to me =)

12 November lepas adalah birthday saya yg ke-27…
Sungguh pantas masa berlalu saya xsangka yang saya dah 10 tahun lepas amek SPM (sempena musim SPM yg stat semalam).
10 tahun lagi umur 37 mungkin saya rasa yg baru lagi saya menyambut usia 27tahun. =)

Birthday yg ke-27 ni special sangat sebab 1st time menyambut birthday sebagai isteri.
Hadiah dari suami – a princess day. ‘Sayang xpyh buat apa2, tgk tv, tido je…semua abang buat’

Mmg dimanjakan sepenuhnya laa hari tu. kalo hari2 besday kan bes..hahahaha…

The most special part mesti la dinner..dinner yg dimasak suami.
Untungnya saya ada suami yg pandai masak. Menu2nya: ketam bercili, ikan stim Sarawak.

Mmm…hari2 abang masak la…k?

Wednesday, November 9, 2011

Tidur


Saya menkategorikan diri saya sbg seorang yg kuat tido
Pantang ada peluang mesti saya akan tido.
Kadang2 kat tempat yg sepatutnya tidur pon saya akan tertidur dgn sendirinya.
Bukan saya nk tido. I just can’t help it!

Untuk info, saya bekerja sambil belajar. bekerja di KL dan belajar di UiTM Shah Alam.

Working hour syarikat saya bekerja is 9.00am -5.30pm menuntut saya untuk bangun seawal 6.15 pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Perjalanan dari Subang ke KL memakan masa 1 jam pada hari bekerja, kalo keluar lewat maka akan sampai lebih lewat, so saya dan suami keluar rumah pada jam 7 pagi. Saya dan suami bekerja di company yg sama, selama saya pernah naik kereta dgn suami, hanya suami yg memandu, walau kemana jua kami pergi. Syukur Alhamdulillah. Sesetengah pemandu pantang orang disebelahnya tido, tapi suami saya sgt cool, dia cakap –tidola kalo nk tdo….. walaupon begitu, saya cuba sedaya upaya untuk tak nak tido dalam kete, walau xteman borak, saya teman dengar radio pon jadila. Tp kadang2 (slalu jugak sebenarnya) saya terlelap. Entah bagaimana pon saya tatau. Sedar je baru saya sedar yg saya sebenarnya tertido. Sorry love…thanks for being understanding.

Habis waktu bekerja setiap isnin, rabu dan kamis saya akan bergegas ke UiTM pula untuk menuntut ilmu, kelas isnin dan rabu start jam 6-9pm. Slalunya sampai lewat 10min ke setengah jam. Kalo jem tak hengat, dekat2 kul 7 baru sampai. KL-Shah Alam, apa nk heran jem2 ni. Haha… Semenjak berkahwin, saya ke kelas bersama rakan sekerja saya, Kak Nani yg juga sekelas gn saya. Abeh waktu kelas, Seen akan menjemput saya pulang. Kalo masa bujang dulu, ke mana2 drive sendiri je, semenjak da kawen ni, kete saya seminggu skali nk panaskan enjin pon susah. Kesian Cik Vee.

Cerita tidur di kelas,
Case 1- dah la masuk kelas lambat, xsmpi 5 minit anak mata tah atas bawah kiri kanan, walaupon mengantok, hebatnya saya masih boleh menulis, cuma xdapat dibaca apa yg ditulis tu, hahaha…bukan sekali, bukan 2 kali saya tertido sepanjang sem. Berkali2 sampai saya xingat kalo terakhir saya xmengantok dalam kelas tu. Mungkin kerana terlalu perasan sgt kelalian saya di dalam kelas, sehinggakan pada suatu hari di minggu lepas, lecturer menegur saya sewaktu di waktu kelalian saya,
‘U are so sleepy, do U want to wash your face?’.
Saya terperanjat lalu berkata, ‘Its OK, I will wash during the maghrib prayer break’ –MALU sehh…cover sikit laa..
Lecturer menyambung, “U must be so tired wake up early in the morning, go to work…” n a few sentences lagi yg saya tak dapat recall sbb terharu, malu, bersalah n etc.
Oh! She so understanding, terharu, dalam hati, I promise Madam, I will always be awake in your class after this. *wink!

Itu cerita kelas hari Isnin.
Next cerita kelas hari Kamis pulak.
Don’t say kelas hari Rabu saya tak tido, Cuma belom penah kena tegur gn lecture je.hahahahahaha…..

Case 2- Hari kames, kelas stat jam 7.30-10.30pm. Meskipon dah stat lambat, dah solat n cuci muka, jika tidak kena pada gayanya, simptom2 mengantok terus hadir dalam diri ini.
Pada suatu hari, ketika simpton2 itu senang menyerang. Tiba2 lecturer itu (lelaki) bercakap dgn kuatnya… ‘……TIDUR je percuma’. Word b4 that? dont ask !hahaha..
Saya tak pasti pada siapa ayat tu, tp saya terus sentap n kelas beliau seterusnya selepas itu saya terus tak tido..hahahahaha….

Sebenar2nya, saya ni memang kuat tido dalam kelas. Ask anybody in class during my degree, suma pasti akan kata, ‘tak padan dgn duduk kat depan, tido tak hengat’. Hahaha…Tapi, saya grad 1st class degree tau, maybe berkat duduk kat depan (walaupon tido), see…? so saya percaya kata2 yang berkata org yg duduk di depan dapat ilmu lebih dari yg kat belakang. Hehehe…

Kesimpulan, saya berharap yang saya diberikan kekuatan untuk tidak lagi tido dalam kelas dan dapat menumpukan penuh perhatian kepada subjek yang diajarkan.
Aminn….

Tuesday, November 8, 2011

Sejarah penulisan saya


Wah! Saya dah ada 1st follower, iaitu Adila Ayl yg saya minati. Boleh dikatakan hari2 saya bukak blog www.adilaayl.com to read her update about macam2. She is a good blogger and I wish I can be like her -pretty, byk anak, banyak kasut n handbags (it is just soooo perfect!). So, many thanks to Ayl Aziz (cmne nk letak link ni?) for following me. U just gives me a SEMANGAT to write.

Sebenarnya saya suka menulis. Dari dulu lagi. Saya suka meluahkan perasaan melalui writing. Dulu saya jenis yg susah sangat nk luahkan apa-apa perasaan saya pada siapa2 termasuk yg terhampir dengan saya. So, sehelai kertas dan sebatang pen biru menjadi teman perasaan saya. Saya bermula dengan kertas yg dah digunakan, ataupon belakang2 buku, ataupon tengah2 buku (supaya senang nk koyak nanti) untuk coretkan perasaan saya sampailah masa Form 1(1997) saya jadikan sebuah buku pendek (buku tulis garis-garis) sebagai diari hati saya.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari di sekolah saya menjumpai diari saya di-‘hack’ oleh senior( yg duduk di tempat sama pada sesi pagi. Bagaimana dia ‘hack’ adalah dengan mengomen dan memberi nasihat di atas luahan hati saya di diari itu. Saya xpasti apa yg betul saya rasa pada ketika itu, mungkin dinodai-sebab itu RAHSIA saya. Kesannya, saya koyak2kan dan buang masterpiece saya tu dan tak menulis lagi- SERIK. Salah saya meninggalkan naskah rahsia itu kat sekolah. Bila fikir balik, menyesal lak saya lupuskan masterpiece saya tu- ada lukisan, puisi yg dicipta sendiri, lirik2 lagu yg disalin untuk represent perasaan saya pada saat itu dan lain2 lagi. Jika masih ada sekarang pastinya ia akan menjadi naskah yg bersejarah dan bernilai untuk diri saya.

Menginjak usia remaja semasa saya study di tahun 2 UTM Jalan Semarak (2005), saya menjadikan semula pena dan kertas sebagai teman saya dan secara automatik saya ‘pulih’ dari phobia menulis setelah 7tahun. Buku tu dinamakan Death Note, free gift beli majalah Kreko. Masih ada di simpanan saya meskipun dah berkali-kali rasa nk buang kerana sebab2 tertentu, namun terimalah seadanya sebab itu mmg sebahagian dari hidup saya dan tak mahu kekesalan melupuskan diary hati muncul kembali.

Dan kini, tahun 2011 saya mula menulis lagi kali ini dengan versi yang baru. Tidak lagi digunakan untuk sekadar luahan perasaan, tapi lebih kepada perkongsian kisah hidup. Hidup kita berbeza-beza. I read yours, u read mine. Mungkin ada sesuatu yg kita boleh pelajari.

Saturday, November 5, 2011

no.i am not.

i am not pregnant.just discover today's morning.
re-test the hCG test after 1 week late for my period.
i know my husband is upset,i can see it from his eyes.
i am too dear. =(